Pelamin Dibuka Dan Dilambakkan Seperti Sampah, Namun Lihat Apa Pengusaha Ini Balas.


VIRAL Pelamin Dibuka Dan Dilambakkan Seperti Sampah, Namun Lihat Apa Pengusaha Ini Balas..
Menurut sumber, pelamin ini dibuat sebegini kerana penyedia khemah yang tidak sabar-sabar membuka khemah walaupun telah berjanji dengan pendekorasi pelamin pada pukul 10.00 malam. (6 Gambar)

VIRAL Pelamin Dibuka Dan Dilambakkan Seperti Sampah, Namun Lihat Apa Pengusaha Ini Balas.. -
VIRAL Pelamin Dibuka Dan Dilambakkan Seperti Sampah, Namun Lihat Apa Pengusaha Ini Balas.. Seorang pengusaha dekorasi pelamin terkejut mendapati pelamin yang dipasangnya untuk satu majlis persandingan di Flat Senawang Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, semalam telah dibuka dan dilambakkan di kawasan parkir.


Pelamin itu siap dipasang pada pagi Sabtu untuk majlis yang berlangsung pada Ahad. Pemilik pelamin itu, Andaman Uda Aqiqi mendakwa diminta untuk mengambil pelamin pada pukul 10.00 malam Ahad setelah selesai majlis persandingan.



Ketika dia sampai pada 9.00 malam, pelamin itu telah ditanggalkan dan diletakkan di kawasan letak kereta flat tersebut seperti sampah.

Menurut beliau lagi, banyak barangan pelamin itu telah rosak setelah dibuat begitu. Berikut ialah gambar pelamin yang disusun dan dihias beliau untuk majlis itu.

Ini pula keadaan pelamin setelah dibuka dan dilambakkan di atas kawasan parkir kenderaan flat tersebut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.




Menurut sumber, pelamin ini dibuat sebegini oleh penyedia khemah yang tidak sabar-sabar membuka khemah walaupun telah berjanji dengan pendekorasi pelamin pada pukul 10.00 malam.

Uda Aqiqi yang merasa sedih dan terhina dengan kejadian itu telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Senawang. –amazingnara.com

0 Response to "Pelamin Dibuka Dan Dilambakkan Seperti Sampah, Namun Lihat Apa Pengusaha Ini Balas."

Post a Comment