KUALA KRAI - Seorang kanak-kanak melecur teruk di bahagian muka selepas dirinya disambar api akibat bermain dengan pemitik api ketika ibunya sedang mengisi minyak, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku di Stesen Caltex Guchil, mangsa, Saifuddin, 7, menghidupkan pemetik api ketika ibunya sedang mengisi minyak menyebabkan kebakaran dalam kereta tersebut.
Kakitangan stesen yang melihat kebakaran itu, segera bertindak memadamkan kebakaran itu menggunakan alat pemadam api, bagi mengelakkan kebakaran bertambah buruk.
Mangsa telah dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. - PIXEL MEDIA
SEMASA
0 Response to "Budak Nyaris Maut Akibat Bermain Pemetik Api Di Stesen Minyak"
Post a Comment