" Dia datang dah tepuk Belakang Abah .. Aku Pun terpaku tak boleh buat apa-apa.. Rupanya kami dipukau !!

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan, yang buat Yaya menangis terketar-ketar dalam kereta semalam sebab terkejut, geram dan marah. Sampai Yaya tak berbuka pun semalam dan tak makan apa-apa langsung sampai ke sahur pagi tadi pun tak makan. Hari ini puasa Yaya dengan muka berkerut-kerut menahan lapar. Harap tak gastrik. Lapar tau tak?!


9 Jun 2016, Khamis, 5:00 petang
Dalam perjalanan balik dari kampung tadi, kami ingat nak singgah sebentar di Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Nak pergi ke bazar ramadhan, nak beli lauk untuk berbuka. 

Bila dah dapat parking, betul-betul depan masjid, abah pun turun sebab nak keluarkan wheelchair Yaya. Tiba-tiba ada orang datang tepuk belakang dan menyapa abah. Yaya dan adik beradik semua ingatkan lelaki itu kawan abah sebab abah sudah lama berkhidmat di Kuantan dulu, semasa bekerja. Jadi, mestilah ramai kawan. Sebab biasanya memang ada saja yang datang menegur abah, kawan lama kan. 

Tiba-tiba abah buka dompet dan bagi duit pada orang itu sekepuk. Lelaki itu siap selak-selak dompet abah, sedangkan abah paling pantang orang selak dompet dia.
Rupa-rupanya abah dah kena pukau! Abah tak sedar pun orang itu datang pada dia, siap dia bagi duit. Mama perasaan kejadian itu terus menjerit. Lelaki itu lari ketakutan. 


Mujur wang tunai di tangan tak banyak. Kejar pun kejar, akhirnya dapat juga tangkap lelaki itu. Tetapi duit tak dapat balik, dia kata dah buang semasa berlari tadi. Macam tak logik saja. Tetapi lega sebab lelaki ini dah masuk lokap. Harap-harap dia tak pukau abang-abang polis dan keluar dari lokap.
Nasib baik orang ramai tolong kejar lelaki itu. Kalau tak, tak tahulah apa nasib kami. Tetapi sedihlah walaupun duit dalam dompet ayah tak banyak, tetapi kita usaha sampai tak tidur malam nak mencari duit. Lelaki itu selamba saja ambil duit orang. 


Aku yang OKU ini pun reti berusaha nak mencari duit sendiri, tak menyusahkan orang lain. Kau senang-senang nak ambil duit orang free-free! Nasib baik bulan puasa, kalau tak memang dah kenaya lanyak dengan budak-budak muda yang tolong kitorang tadi. 

Itulah gambar dia. Bukan nak mengaibkan air muka dia, bimbang kalau dia dilepaskan. Jadi ingatlah muka dia betul-betul. Ramai orang Kuantan kata dia lejen di situ. Tetapi selalu terlepas, tak sempat nak serah pada polis. Dah ramai orang yang report polis mengenai lelaki ini termasuklah kes mencabul orang. Berhati-hatilah. - Yaya


0 Response to "" Dia datang dah tepuk Belakang Abah .. Aku Pun terpaku tak boleh buat apa-apa.. Rupanya kami dipukau !!"

Post a Comment