PETALING JAYA: Tan Sri Robert Kuok, individu paling kaya di negara ini tetapi anak perempuannya dilaporkan sekadar berniaga pakaian berjenama terpakai diinternet.
>Yen, 26, berkata ahli keluarganya tidak pernah mengharapkan dia menjadi seorang ‘puteri’ sebaliknya melatihnya secara tegas.
“Cara keluarga saya sangat ketat malahan saya tidak diberikan wang saku. #Semasa di sekolah, wang saku kawan saya juga jauh lebih banyak berbanding saya,” katanya lapor portal #Malaysiagazzette yang memetik China Press.
>Wawancara Yen bersama media Hong Kong disiarkan baru-baru ini.
>Kerana minat dalam bidang itu, Yen menubuhkan laman #Guiltless.com yang menjual pakaian-pakaian dan produk berjenama terpakai.
>Dia mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan itu kerana sering membeli pakaian terpakai ketika melanjutkan pelajaran di #Amerika Syarikat.
“Semasa kecil, bapa pernah berpesan bahawa nenek saya tidak suka saya menjadi ‘puteri keluarga berada’,” katanya yang sering bertukar pakaian dengan kawan-kawan ketika di kampus.
>Menurut Yen, dia sendiri hanya memiliki pakaian berjenama sendiri ketika berumur 17 tahun apabila seorang abangnya menghadiahkan pakaian jenama Viktor&Rolf.
>Bercerita perihal bidang akademik, Yen mengakui ayahnya tidak memaksa dia mendapat keputusan A dalam peperiksaan.
“Ayah asyik memberitahu bahawa pergi ke sekolah bukannya untuk menuntut pelajaran tetapi untuk memperluaskan pandangan.
“Ayah tidak memaksa saya mendapat A dalam peperiksaan, ayah kata dapat B pun tidak apa,” katanya.
Kuok, 91, diikhtiraf individu paling kaya untuk 10 tahun berturut-turut dengan memiliki kekayaan AS$11.3 bilion atau RM40.8 bilion.
>Terkenal dengan gelaran Raja Gula Malaysia, #Kuok menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan.
0 Response to " Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT "
Post a Comment