VIRAL. Pelakon Popular Dedah PUNCA UTAMA Dia Nak TUMBUK Sangat Muka Aman Nassim !!!
VIRAL. Pelakon Popular Dedah PUNCA UTAMA Dia Nak TUMBUK Sangat Muka Aman Nassim !!! | Sekitar minggu lepas, ada khabar angin mengatakan aktor Fattah Amin sudah tidak dapat menahan kesabarannya apabila nyaris menumbuk seorang aktor baharu Aman Nassim, selepas ditanya dengan soalan yang agak sensitif dihadapan semua kru produksi drama.
Menjelaskan lebih lanjut hal berkenaan, Fattah menerusi Bipop Berita Harian berkata, beliau agak terkejut dengan soalan Aman lebih-lebih lagi mereka tidak rapat. Namun, apa yang membuatkan Fattah menjadi lebih marah ialah Aman bertindak untuk menyatakan bahawa pertanyaan beliau itu tidak ada salahnya.
Pada hari kejadian, saya bersama seorang lagi pelakon Hairi Safwan sedang rancak berbual sebelum Aman tiba-tiba menyampuk dan bertanyakan soalan yang agak keterlaluan. Suaranya begitu kuat membuatkan saya terkejut dan malu. Hairi disebelah saya terpinga-pinga, begitu juga Mira Filzah yang kebetulan berada di lokasi penggambaran.
Saya masih bersabar dan bertanya, apa masalah Aman hingga sanggup bertanyakan soalan sensitif seperti itu? Aman dengan selamba mempertahankan pertanyaannya itu tidak salah. Saya naik angin kerana apa yang dikatakannya itu fitnah. Saya terus menepuk meja dan bertanya sekali lagi, apa masalahnya? Melihat saya berang, Aman bercakap dia hanya bergurau.
Fattah akui pada waktu tersebut beliau tidak dapat lagi menahan amarahnya dan hampir menumbuk Aman apabila beliau berlagak tidak bersalah dihadapan pengarah Murali Abdullah.
Didepan pengarah, Aman tidak mengaku kesalahannya sebaliknya bertanyakan saya kembali, apa sebenarnya yang dia cakap? Ketika itu, saya sudah tidak mampu menahan marah. Saya terus meluru untuk menumbuknya. Mujur ketika itu, Hairi dan pembantunya menarik badan saya untuk meleraikan kami.
Tambah Fattah, beliau bukannya orang yang tidak boleh dibawa gurau tetapi pada hari itu mereka berdua baru sahaja berkenalan selama dua hari dan Aman pula sudah berani membangkitkan soalan yang agak sensitif mengenai percintaan beliau bersama Sherry Ibrahim.
Pada Fattah, jika mereka sudah kenal lama sekalipun, soalan seperti itu tidak patut ditanyakan didepan khalayak ramai sehingga membuatkan Fattah merasa malu dengan tindakan Aman yang keterlaluan.
Fuh..boleh tahan panjang penjelasan daripada Fattah Amin..Bak kata pepatah kerana mulut badan binasa, kalau belum kenal dengan seseorang itu dengan rapat memang tidak patut tanya soalan yang melampau. Harap ini menjadi pengajaran buat orang lain juga. KREDIT BERITA HARIAN via BEAUTIFULNARA.
0 Response to "VIRAL. Pelakon Popular Dedah PUNCA UTAMA Dia Nak TUMBUK Sangat Muka Aman Nassim !!!"
Post a Comment