Fareeda Tampil Buat PENJELASAN SEBENAR Isu Video Viral Tudung Fareeda

.


Fareeda nafi bayar pelanggan bersesak




PEMILIK tudung Fareeda, Mawar (kiri) bersama suami, Fizo Omar memberi penjelasan kepada pihak media mengenai viral rebut tudung pada sidang media di Hotel Marriot Putrajaya. - Foto Owee Ah Chun

PUTRAJAYA: Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) menyangkal dakwaan membayar sekumpulan lelaki untuk bersesak-sesak ketika pelancaran koleksi baharu edisi terhad mereka, minggu lalu, sebagai strategi pemasaran sebaliknya mereka diupah ejen bagi mendapatkan lebih banyak nombor giliran.

Pelakon yang juga Pengurus Pemasarannya, Fizo Omar, berkata Fareeda tiada kuasa untuk menghalang ejen yang menjual semula tudung mereka di pasaran mengupah orang lain bagi merebut lebih banyak helaian hingga jumlah kehadiran pembeli pada hari pelancaran yang dijangka 1,000 orang meningkat sekali ganda.

"Fareeda tidak pernah membayar sesiapa untuk menjadikan acara pelancaran koleksi baharu kami luar biasa. Pembeli dan ejen kami mengupah orang supaya mereka boleh mendapatkan jumlah tudung dipesan pelanggan selain adanya individu persendirian yang beratur untuk mendapatkan nombor dan kemudian menjualnya semula.

"Dari dulu juga Fareeda mengamalkan konsep berkongsi rezeki. Sesiapa pun boleh menjualnya semula di pasaran mengikut harga masing-masing andai ada permintaan. Kami memuat naik video pun sekadar mahu berkongsi kejayaan perniagaan Fareeda dengan peminat dan pelanggan, bukan untuk riak" katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Akuinya, syarikatnya sudah memperkenalkan aneka sistem termasuk tempahan online, pintu ke pintu dan pemberian nombor yang dibuka pada hari pelancaran selain mengasingkan barisan pelanggan wanita dan lelaki sebelum giliran nombor dibuka, tetapi insiden tolak-menolak tetap berlaku berikutan kehadiran melebihi jangkaan.

"Kalau ikutkan kami mendapat khidmat Rela dan pasukan keselamatan sendiri untuk memastikan keadaan terkawal, namun apa yang berlaku di luar jangkaan. Pada masa akan datang kami merancang mengadakan pelancaran apa-apa koleksi baharu di lokasi lebih besar seperti stadium," katanya.
Menjawab mengenai tindakan admin laman Facebook Fareeda Nyata Jelita, Fizo tidak menafikan komen pengendalinya agak kasar, namun ia dikatakan tidak dapat dielak berikutan ulasan dilemparkan sesetengah pihak juga keterlaluan.

Pada masa sama, beliau meluahkan rasa kesal apabila pelanggan mereka disamakan dengan haiwan berikutan pandangan hanya menerusi klip video tanpa berada di tempat kejadian, selain terkilan terhadap orang yang membuat serangan peribadi termasuk mengheret nama ibu bapa mereka.Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/142730

0 Response to " Fareeda Tampil Buat PENJELASAN SEBENAR Isu Video Viral Tudung Fareeda"

Post a Comment