GEMPAR RAJA ULAR DI TEMUI,DIKATAKAN TEDUNG BERKEPALA MERAH INI ADALAH JENIS TIDAK PERNAH DI JUMPA





#BENTONG - Seekor ular tedung selar seberat 27 kilogram (kg) yang memasuki sebuah kilang membuat tisu di Benus, di sini berjaya ditangkap anggota bomba, Rabu lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, seramai tiga anggota yang diketuai Pegawai Bomba, Rahim Abdullah terlibat dalam operasi menangkap reptilia berbisa sepanjang empat meter itu.

#Menurutnya, anggota terlibat bergegas ke pejabat penyelia kilang berkenaan selepas menerima panggilan daripada orang awam.

#“Sebaik tiba di kilang berkenaan pada kira-kira jam 3.35 pagi, anggota kita mendapati ular tedung berkenaan berada di bawah meja.

#“Kita jolok guna peralatan khas untuk paksa ular itu keluar sebelum menangkapnya dengan penjerut khas bagi mengelak ia tercedera,” katanya kepada pemberita di sini.
Zainal Abidin berkata, usaha menangkap ular tedung selar berkepala merah berkenaan mengambil masa kira-kira 45 minit.

#Menurutnya, ular tedung selar sebesar lengan lelaki dewasa itu dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Bentong sebelum dihantar ke Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh untuk tindakan lanjut.
Katanya, pada masa ini ular berkenaan berada di bawah jagaan Unit Khas Kawalan Ular Temerloh yang mempunyai kepakaran menjaga dan mengawal reptilia tersebut.
Beliau berharap orang ramai segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya terjumpa haiwan berbisa di dalam premis atau rumah.

0 Response to "GEMPAR RAJA ULAR DI TEMUI,DIKATAKAN TEDUNG BERKEPALA MERAH INI ADALAH JENIS TIDAK PERNAH DI JUMPA"

Post a Comment