Identitinya Akhirnya Didedahkan...Memang Sangat Mengejutkan!


KUALA KANGSAR – Inilah padahnya setelah enggan menerima teguran secara sopan termasuk daripada petugas media yang beragama Islam sendiri berhubung waktu ceramah Parti Amanah Negara (PAN) kurang sesuai.

Malangnya nasihat itu bukan sahaja dijawab seumpama acuh tidak acuh, malah urusetia PAN meminta wartawan Muslim pula agar menyesuaikan diri dengan jadual program diaturkan mereka waima memang tidak masuk akal.



Bayangkanlah waktu ceramah PAN termasuk ada yang disusun sendiri oleh pihak DAP sengaja dibuat ketika umat Islam baharu sahaja menikmati juadah berbuka puasa dan kemudian sibuk menunaikan solat fardu Maghrib.

Isu ini turut dimaklumkan kepada pihak urusetia PAN oleh pengamal media tempatan sendiri menerusi perbualan dalam kumpulan WhatsApp disediakan parti tersebut iaitu Media AMANAH P.067 tetapi lihatlah layanannya.

Ramai kesal dengan perangai PAN yang bukan sahaja tidak matang, bahkan tidak menghormati sensitiviti umat Islam apabila sanggup membuat ceramah pada waktu tersebut sempena demam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar.






Akhirnya apa dibimbangi terbukti meletus apabila ceramah PAN bertempat di Taman Sri Emas di sini lewat Rabu bertukar kecoh setelah diserang dua pemuda Melayu yang berang ia diadakan ketika solat sunat Tarawih.

Insiden terjadi tanpa diduga ketika seorang penceramah DAP berada di pentas dan lelaki tersebut memberi amaran keras supaya menghentikan ceramah jika tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Apa yang sedihnya, waima diberi teguran, pihak PAN difahamkan masih enggan berganjak tetap meneruskan ceramah itu namun dengan memperlahankan paras bunyi pada alat pembesar suara di kawasan pentas.

Video pemuda tempatan ini yang memberi amaran terhadap tindakan biadap PAN itu menjadi viral menerusi media sosial dan ramai netizen menempelak cara berkempen parti tersebut sebagai agak kurang ajar.

Mungkin tindakan lelaki tersebut dianggap tidak sopan, namun siapa boleh bersabar jika maruah agamanya diganggu hanya kerana kepentingan politik apatah lagi dalam bulan suci Ramadan.

Sumber: mygosip

0 Response to "Identitinya Akhirnya Didedahkan...Memang Sangat Mengejutkan!"

Post a Comment