Syanie Akhirnya Buat Pengakuan Yg MENGEJUTKAN Semua Peminat Dia !




Syanie dan bekas suaminya, Nadi Putera.

PELAKON Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham menjelaskan bahawa dia kini telah pun bercerai dengan bekas suaminya, Nadi putera pasa 23 Februari lalu.

“Tahap kesabaran saya ada batasnya. Punca perceraian kami, biarlah hanya kami yang tahu. Saya hanya boleh katakan bahawa perceraian ini berlaku kerana dia tidak perah menghargai saya sebagai isteri.

“Tak perlu diungkit apa yang berlaku dan apa yang telah dilakukan oleh bekas suami kepada saya sepanjang perkahwinan kami.

“Bila sampai masanya, saya tidak dapat menahan sabar lagi makan ini sahaja keputusan yang terbaik bagi kami berdua” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Syanie, pada awalnya, dia mengambil keputusan untuk tidak menceritakan punca perceraian mereka kerana menghormati permintaan bekas ibu mertuanya yang tidak mahu perkara tersebut dihebohkan.

“Saya mengambil keputusan berdiam diri kerana permintaan bekas ibu mertua, tetapi lain pula ceritanya apabila bekas suami bertindak membuka akaun Facebook baru dengan status ‘single’.

“Perkara itu telah menyebabkan ramai pihak mula mencanang kisah rumahtangga kami” kata Syanie yang turut mengakui tidak serik untuk berkahwin lagi jika bertemu jodoh.

0 Response to "Syanie Akhirnya Buat Pengakuan Yg MENGEJUTKAN Semua Peminat Dia !"

Post a Comment