Siapa Sangka CINTA GADIS JELITA INI DAPAT MEMAHAMI JIWA ZAMANI Ini Bakal Jadi ISTERI Yang Sah




KUALA LUMPUR: Setelah lama membujang, Zamani Slam menyuarakan keinginan hatinya untuk menamatkan zaman bujang - suatu jawapan jujur yang tidak diduga menjadi yang terawal diungkapkannya saat ditanya mengenai perancangan hidup.

Kata vokalis berusia 44 tahun itu, dia mahu menjadi seperti orang biasa yang ada keluarga sendiri dan perancangan ini antara perkara yang mahu dicapai Zamani.

"Banyak perkara yang saya belum capai dalam hidup saya. Saya merancang untuk dapatkan perkara normal yang perlu ada dalam kehidupan manusia iaitu hidup berkeluarga," ujarnya selepas menjadi tetamu khas dalam siaran langsung di Astro

Bila ditanya soal calon, Zamani dengan redha menjawab soalan tersebut

"Jodoh tu di tangan Tuhan. Yang ada sekarang ni kawan-kawan adalah.

"Saya ni bukanlah terlalu memilih, cuma yang penting, boleh memahami kita sebaiknya," katanya lagi.

Apabila ditanyakan tentang semangat yang diperoleh untuk beralih jauh dari fasa hitam dalam lipatan sejarah dirinya, Zamani yang tenang menyusun ayat memberitahu, detik yang telah berlalu itu telah dia jadikan pengalaman yang patut dilupakan.

"Saya tidak berapa suka untuk bercerita lagi tentang kesilapan lalu dan biarlah ia dijadikan pengalaman hidup saya.

"Sebagai insan seni, saya masih hendak menyanyi. Jadi, saya kena fokus sebaiknya kepada karier saya.

"Kalau saya masih terbawa-bawa dengan apa yang pernah berlaku, saya takkan dapat meneruskan kerjaya saya," tambahnya.

Zamani dalam masa yang sama mewakili kumpulan Slam mengumumkan untuk mengadakan konsert comeback mereka setelah ahli kumpulan tersebut berpecah pada tahun 1998. Konsert yang akan berlansung pada 14 Mei ini akan di StarXpo Centre, Kenanga Mall, Kuala Lumpur.

0 Response to "Siapa Sangka CINTA GADIS JELITA INI DAPAT MEMAHAMI JIWA ZAMANI Ini Bakal Jadi ISTERI Yang Sah"

Post a Comment