PELAKON Hanis Zalikha yang sedang sarat membawa kandungan berusia 7 bulan memberitahu bahawa dia dan suami, Hairul Azreen masih belum bersedia untuk mendedahkan jantina bayi mereka dan menceritakan pengalaman membawa kandungan sejak dari awal kehamilan bukanlah perkara yang mudah baginya. #
“Kebiasaannya wanita lain akan mengalami alahan teruk pada trimester kedua tetapi saya sehingga kini masih muntah-muntah dan ia agak mencabar bagi saya. #
“Cuak juga, tetapi saya menganggap ini merupakan salah satu ujian yang diberikan Allah kepada saya. Saya pernah bertanya kepada ibu saya tetapi dia hanya melalui alahan seperti ini pada trimester pertama. #
“Saya juga menanyakan perkara yang sama kepada ibu mertua tetapi dia sudah lupa pengalaman ini kerana melahirkan anak yang terakhir 28 tahun lalu,” ujar Hanis. #
Tambahnya, ia mungkin dugaan yang Allah berikan buatnya sekarang dan berharap dipermudahkan urusan ketika mahu bersalin kelak. #
Walaupun sedang sarat mengandung, Hanis tetap aktif melakukan pelbagai kerja kerana sikapnya yang tidak suka duduk diam tanpa melakukan apa-apa dan baru-baru ini, dia dan suami telah melancarkan koleksi pakaian raya His & Her. #
Tak apa bukan rezeki kita nak tahu siapa jantina baby itu nanti kita cuba lagi tanya jantina baby itu heewhewhewh
0 Response to "Sedihnya! Kami Terima Berita Sedih Dari Hanis Zalikha! Diharap Apa Yg Berlaku Semua Bersabar! Tapi Kesiannya Dkt Pasangan Ni"
Post a Comment