PESAWAT TERBESAR DUNIA BERHENTI DI MALAYSIA, BUKAN KAT SINGAPURA ATAU INDONESIA?


Malaysia baru je menerima ketibaan tetamu istimewa, pesawat Antanov 225 Ukrainian 1980 yang dikatakan sebagai pesawat terbesar di dunia! Ia mendarat kat KLIA untuk mengisi minyak sebelum meneruskan penerbangannya ke ke Australia bagi menghantar generator elektrik seberat 117 tan.



Tapi… betul ke ni pesawat yang terbesar di dunia? Camne dengan pesawat gedabak lain macam Boeingdan Airbus? Jom kita buat perbandingan!
1. Hughes H-4 Hercules, kepanjangan 218 kaki 6 inci dengan sayap 320 kaki



Pengangkutan penerbangan transatlantik waktu Perang Dunia II
2. Airbus A380-800F, kepanjangan 239 kaki 3 inci dengan sayap 261 kaki 8 inci



Pesawat penumpang terbesar
3. Antonov An -124, memiliki kepanjangan 226 kaki 8.5 inci dengan sayap 240 kaki 5.75 inci



Image dari Rajawow.com
4. C-5 Galaxy, kepanjangan 247 kaki 10 inci dengan sayap 222 kaki 9 inci



Pesawat khas untuk armada Amerika Syarikat.
5. Boeing 777 -300 ER, mempunyai kepanjangan 242 kaki 4 inci dengan sayap 212 kaki 7 inci



Pesawat komersial yang terbesar.
6. Antonov An-225, memiliki kepanjangan 275 kaki 7 inci dengan sayap 290 kaki



Pesawat kargo.

So betul lah yang Antonov An-225 sekarang ni merupakan pesawat yang terbesar di dunia!
Macam mana Antonov An-225 Mriya mula-mula dibina

Pada zaman persaingan menawan ruang angkasa, Amerika dan Russia berlumba-lumba dalam mencipta pesawat memasing. Waktu tu Kesatuan Soviet pon kemukakan lah idea untuk melancarkan kapal terbang ni.

Biro Reka Bentuk Antonov diberi kontrak untuk merekabentuk 2 buah Antonov 225 (yang dibesarkan daripada model AN-124). Pesawat pertama ni berjaya disiapkan tapi yang lagi satu tu terbengkalai je akibat kejatuhan Kesatuan Soviet.



An-225 dan anak-anak buah. Image dari Yeku Tulun Sabah
Korang mesti tertanya-tanyakan besar sangat ke? tengok kat gambar cam biasaq je, tak nampak besar pon. Nak tahu, ce korang tengok kat bawah ni:


Perbandingan dengan beberapa pesawat komersial lain. Image dari Erafm



Pesawat ni boleh bawak kapal selam? Image dari Erafm


Hahh jangan terkejut, train pon boleh muat masuk dalam ni! Image dari Erafm



Beberapa buah track boleh masuk dalam ni tu. Image dari Erafm


Perbezaan saiz Antonov An-225 dengan Boeing B737-400 Malaysia Airlines. Image dari Jetphotos


Perbandingan bentuk peaswat terbesar An-225 (green), the Hughes H-4 Hercules (gold), the Boeing 747–8 (blue), dan A380-800 (pink). Image dari Weaponary

Apa yang menariknya, pesawat ni menggunakan 6 buah enjin turbo jet Ivchenko Progress D-18T (kalau pesawat biasa 2 enjin je), 42 tayar, berukuran 88 meter lebar dari hujung sayap ke hujung satu lagi serta 85 meter panjang dengan berat keseluruhan 640 tan.

Ia boleh terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, malah tangki minyaknya juga dapat menampung sehingga 300,000 kilogram.

 


Image dari oh melodi
Kenapa berhenti di KLIA?
So dengan saiz pesawat yang sebesar tu, KLIA dianggap lokasi paling sesuai (dengan keluasan 100 kilometer persegi) sebab ia mempunyai landasan yang luas. Ia jugak pernah diiktiraf sebagai lapangan terbang kedua terbaik dunia dengan reka bentuk yang unik dan memiliki kemudahan yang selesa.
Sebab itulah KLIA menjadi pilihan jika nak dibandingkan dengan lapangan terbang negara berdekatan seperti Singapura atau Indonesia.


KeIuasan landasan kat KLIA. Image dari skyscraper city
Setelah sembilan tahun berlalu…

Korang tahu tak sebenarnya kan ni bukanlah kali pertama pon pesawat ni menjejaki tayarnya kat bumi Malaysia tapi dari apa yang kitaorang dapat tahu, kali terakhir ia ke Malaysia pada sembilan tahun yang lalu sekitar Disember 2007.

0 Response to " PESAWAT TERBESAR DUNIA BERHENTI DI MALAYSIA, BUKAN KAT SINGAPURA ATAU INDONESIA?"

Post a Comment