'Patutlah Selama Ni Aku Tak Ada Boyfriend




Aku terpanggil nak share pasal ni. Mesti korang dah bosan cerita kawen kan? Cumanya, kalau kau dah berada di fasa yang mana kawan-kawan sekeliling kau dah kawen, letih jugak lah kalau orang asyik tanya

"kau takde boyfriend?serius lah wehh" takpun
"kau bila pulak?". Yang ni double letih.

Tapi kadang kita lupa, itu semua atas izin Allah, mungkin berkat doa parents kita.

Ceritanya macam ni. Aku baru balik akad nikah kawan aku. Ada la ambil gambar sekeping dua. Balik rumah, aku tunjuk la kat mak aku. Tak sempat aku nak cakap apa2, Terus dia cakap

"takpa, mama doakan kaklong jumpa dengan jodoh kaklong, then terus jadi (mudahkan kawen). Mama selalu doakan yang datang tu biar baik akhlaknya, serius terus nak kawen. Yang datang sekadar nak sakitkan hati anak mama tu, mama selalu doa biar dijauhkan. Tak payah dekat langsung kalau setakat nak sakitkan hati anak mama"

Maka terjawablah persoalan aku selama ni. Mungkin sebab ni aku tak pernah ada boyfriend. Doa mak aku yang mintak dijauhkan daripada dosa free dan mungkin disakiti.

Cer tanya mak korang doa apa.

– kaklong

0 Response to "'Patutlah Selama Ni Aku Tak Ada Boyfriend"

Post a Comment