Bapa, ibu tiri dan dua adik-beradik kepada gadis berusia 22 tahun yang hanya seberat 18 kilogram (kg) ketika meninggal dunia, didakwa membunuh di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Empat beranak itu iaitu Anuar Jusoh, 49; isterinya Murni Ahmad, 35; dan dua anak mereka, Siti Sarah, 21, serta remaja lelaki berumur 14 tahun didakwa membunuh Siti Hajar Anuar.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Cukai di sini pada pukul 10.45 malam, 26 April lalu.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.
Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam kelihatan tenang sepanjang prosiding. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Nawawi.
Selesai prosiding, Anuar dihantar ke penjara Marang, Murni dan Siti Sarah ke penjara Bentong, Pahang manakala adik lelaki mangsa berusia 14 tahun itu ditempatkan di rumah perlindungan Rusila.
Mahkamah menetapkan 13 Jun untuk sebutan semula kes.
Kematian Siti Hajar menjadi tanda tanya apabila pihak polis mendedahkan bahawa laporan bedah siasat menunjukkan beliau kebuluran hingga hanya seberat 18kg dan terdapat kesan gigitan manusia pada tubuhnya.
Berikutan itu, empat beranak tersebut telah ditahan dan akhirnya didakwa hari ini
0 Response to "JIRAN DEDAH WANITA INI ADA NIAT YANG LEBIH TERUK DARI MENDERA ARWAH. SUAMI PULA TIDAK PUAS DENGAN ISTERINYA YANG GEMOK NI. !"
Post a Comment