Dulu Dapat Gaji RM100 000 Sebulan, Tetapi...."




Shamsul Ghau-Ghau merupakan pelawak di zaman Sinaran Pasport Kegemilangan seangkatan dengan kumpualan Senario menjadi popular.

Shamsul akui pernah hidup mewah pada waktu itu, namun hatinya agak jauh dari tuhan. Menurutnya, beliau tidak menganggap kesilapan lalu adalah detik hitam, sebaliknya ia adalah pembuka jalan baginya untuk memperbaiki dirinya sekarang.

Enggan menoleh ke belakang, beliau kini giat berdakwah berkongsi pengalaman hidupnya bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Jom baca sedikit luahan dan perkongsian dari Shamsul Ghau Ghau:

Gaji RM100 000 Sebulan

“ALLAH SWT mudahkan rezeki saya, bermula gaji RM300 sebulan semasa kerja sebagai polis sehingga pernah mendapat RM100,000 sebulan sebagai artis walaupun hanya ada SPM, tapi hati saya jauh dari-Nya,”

“Saya khatam al-Quran masa umur 12 tahun tapi tak mampu nak bacanya depan Kaabah ketika menunaikan umrah pertama pada 2001,”

“Saya fikirkan apa akan terjadi sekiranya saya mati nanti atau sekiranya ibu saya sakit, mampukah saya membacakan al-Quran buatnya?

Tunai Umrah

“Saya berpeluang menunaikan umrah pertama pada 2001 bersama rakan-rakan dan berdoa empat benda yang tak mungkin saya lupakan.

“Doa pertama saya nak kahwin, kemudian ada anak, ketiganya mahu ada rumah depan masjid dan keempat dibuka hati untuk mengaji serta mendekatkan diri dengan ALLAH SWT.

“Alhamdulillah, pada 2003 saya berkahwin dan dikurniakan anak setahun kemudiannya. Pada 2006 semasa beli rumah ditakdirkan lokasinya betul-betul depan masjid,”

Dengar Bacaan Al-Quran

“Setiap hari saya dengar rakaman surah Ar-Rahman yang dipasang di masjid sebelum masuknya waktu Maghrib sampai sudah menghafalnya serba sedikit tapi tak tahu maksudnya.

“Ditakdirkan pada satu hari saya pergi ke kedai buku dan semasa membelek buku tafsir al-Quran, bukaan saya betul-betul pada surah Ar-Rahman yang salah satu maksudnya berbunyi, ‘nikmat mana satu yang engkau dustakan’,”

Mula Berhijrah, Dekati Agama

“Sekarang saya berguru dengan tiga ustaz yang mengajar tajwid, taranum dan tafsir. Kita hidup sudah berpuluh tahun tapi kita tak tahu maksud bacaan dalam solat kita.

“Saya berharap perubahan ini dapat melapangkan kubur mak ayah saya yang sudah tiada. Saya tak menolak perubahan saya hari ini adalah hasil doa arwah mak saya yang tak jemu memberi nasihat semasa hayatnya,”

“Al-Quran itu perlu dibaca, difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Cuba tanya diri kita dalam sehari berapa banyak kita pegang al-Quran berbanding telefon pintar?

“Saya bukan mahu buka aib diri saya, sebaliknya mahu mengajak lebih ramai orang Islam mendekati ALLAH dan memberikan pahala kepada mak ayah saya yang sudah tiada,”

Syukur dengan penghijrahan Shasul Ghau Ghau yang juga merupakan pengacara kepada rancangan Pencetus Ummah musim yang lalu.

Sumber: Sinar

0 Response to "Dulu Dapat Gaji RM100 000 Sebulan, Tetapi...." "

Post a Comment