Sebelum ni pernah viral pasal wang hantaran tak cukup, gara-gara tu juga lah majlis perkahwinan...
Sebelum ni pernah viral pasal wang hantaran tak cukup, gara-gara tu juga lah majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan.. Keadaan menjadi lebih teruk bila pihak keluarga pengantin lelaki dan perempuan saling bercakaran di dalam masjid, memang jadi riuh rendah lah masa tu.. Miss tengok video tu pun sampai menggelengkan kepala jer..
Semalam tersebar pulak beberapa keping gambar pasangan pengantin dan gambar wang hantaran yang telah menarik perhatian netizen di laman sosial.. Wang hantaran tu telah menjadi bualan hangat netizen kerana bernilai RM 1 juta! Ternganga mulut Miss lihat cek yang bernilai RM 1 juta tu, kaya betoii si lelaki tu yer!
Wanita tu dapat menawan hati anak raja mana lah yer?? Jeles Miss! Hiiihi.. Untunglah badan dapat wang hantaran sebanyak tu dari si suami, sayang betul si suami kat wanita tu yer.. Majlis nikah dorang pun simple jer, dibuat di masjid pulak tu.. Tapi tak tahu lah kalau majlis resepsi tu akan diadakan secara besar-besaran pulak nanti, betul tak??
Namun.., bila tersebarnya gambar-gambar menarik perhatian macam tu, apalagi pelbagai lah reaksi dari netizen.. Korang mesti dah biasa dengan keadaan macam ni, orang sekarang kan suka viralkan sesuatu..
Ada jer benda menarik, pasti akan disebarkan.. Lepas tu pakat ramai-ramai mengeluarkan pendapat masing-masing, tapi kebanyakkannya tu akan menjadi pengkritik tak bertauliah lah..
Begitu juga lah dengan kes ni, ramai jer yang mengkritik pasangan tu.. Ada yang mengatakan tu cek tu tak ada nilai, hanya nak menunjuk-nunjuk jer pun dan macam-macam lagi lah sindiran yang dilemparkan kepada pasangan tu.. Tapi kalau betul pun si pengantin lelaki tu bagi wang hantaran sebanyak tu, tak apa lah kalau pihak lelaki tak rasa terbeban atau saja nak menghadiahkan sebanyak tu kepada si isteri.. Betul tak??
Beginilah bila menjadi perhatian umum, mulut orang bukannya boleh ditutup.. Bila dorang dah penat bercakap, dorang berhentilah.. Walau macam mana pun, Miss harap hubungan pasangan tu kekal lama lah yer! Jangan kawen hantaran sejuta, lepas tu bertahan setahun jer! Korang pulak jangan jeles sangat, dah rezeki dorang.. Hihiihi.. - MissHana/Utaranews.com
0 Response to "BIODATA DAN WAJAH SEBENAR PENGANTIN DENGAN HANTARAN 1 JUTA!!!PATUTLAH 1 JUTA......"
Post a Comment