AYAH ELIZAD TERKEJUT LEPAS TAHU ELIZAD AKAN GUNA RM100RIBU UNTUK TUJUAN INI !




JUARA program Gempak Superstar, Siti Elizad berhasrat menggunakan wang kemenangan untuk rawatan mata bapanya.

Elizad atau Nama sebenarnya Siti Elizad Sharifudin, 32, berkata, bapanya mengalami masalah penglihatan yang agak kronik.

Menurut Elizad, bapanya sudah menjalani beberapa pembedahan sebelum ini namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan.

“Bapa saya tak berapa nampak jadi kalau boleh duit kemenangan tu saya nak ubat mata bapa saya.

“Dah hampir tiga ke empat tahun keadaannya begitu, bukan tak pernah berubat, sebenarnya dah beberapa kali bapa jalani pembedahan tapi penglihatannya masih kabur.

“Saya tak tahu apa sebenarnya nama penyakit tersebut tapi yang saya faham seperti ada pendarahan dalam kornea, jadi dia tak boleh naik kapal terbang dan berada di tempat yang bertekanan tinggi kerana khuatir perkara itu boleh menyebabkan saluran itu pecah.

“Bila dia nak tengok TV pun kabur-kabur, saya tak sampai hati. Saya pun tak sangka untuk pertama kali dia tiba-tiba nak hadir ke konsert akhir ni sebab nak tengok saya.

“Saya tak tahulah dia nampak saya atau tidak waktu atas pentas, tapi apa yang pasti saya rasa sangat gembira apabila nampak dia berada di sini.

“Saya harap, selepas pergi berubat nanti, mata bapa akan kembali pulih seperti sediakala,” katanya sebak.

Elizad ditemui ketika sidang media konsert akhir Gempak Superstar bertempat di Pinewood, Johor Bahru pada malam Ahad.

Dalam pada itu, mengulas mengenai karier nyanyian pula, Elizad akui bidang lakonan tetap menjadi keutamaannya namun tidak menolak sekiranya ada tawaran nyanyian diberikan.

“Secara jujur saya tak pernah terfikir langsung akan jadi juara, apa yang saya buat sepanjang pertandingan adalah belajar dan berikan yang terbaik setiap minggu.

“Hati saya lebih pada berlakon dan saya nak orang nampak bakat saya dalam lakonan.

"Tapi andai kata ada tawaran nyanyian diberikan, saya akan cuba, itukan rezeki, kalau ada yang suka Alhamdulillah.

“Sama juga macam lakonan, tak semua orang suka lakonan saya, pendapat orang lain-lain. Jadi saya rasa tak salah untuk mencuba, kalau ada ‘offer’ saya akan pertimbangkan,” jelasnya.

Elizad merupakan peserta dengan undian tertinggi sebanyak 64 peratus sekaligus menobatkannya sebagai juara dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

0 Response to "AYAH ELIZAD TERKEJUT LEPAS TAHU ELIZAD AKAN GUNA RM100RIBU UNTUK TUJUAN INI !"

Post a Comment