Ambil Payung Ini




Hari ini saya menerima nasib malang, terperangkap dalam hujan lebat ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat.

Sedang saya berlari keanak-anakkan dalam hujan, sebuah kereta telah berhenti di depan dan menghalang satu-satunya laluan saya untuk balik ke pejabat. Saya baru nak marah tetapi bila saya ternampak pemandunya menurunkan tingkap kereta, saya batalkan niat itu. Ia adalah sesuatu perkara yang pelik dilakukan ketika hujan tengah lebat.

Pelik, saya menghampiri keretanya dengan berhati-hati untuk melihat apa yang berlaku. Alangkah terkejutnya saya apabila saya mendapati seorang wanita menghulurkan sekaki payung kepada saya.

"Ambil payung ini! Cepat!" (dialog rekaan admin je..)

Saya mengambil payung itu dan belum sempat saya mengucapkan terima kasih, dia telah menaikkan tingkap dan beredar lalu hilang di kesesakan trafik.

Dia tidak mahu sebarang balasan, dia hanya mahu menolong saya. Saya tidak pernah tersentuh dengan kebaikan dari orang yang tidak dikenali hari ini.

Saya rasa saya tak dapat menjejak siapakah wanita yang baik hati ini. Namun hanya gambar selfie dan nombor plat keretanya WVR5503 saja yang saya sempat rakam.

Jika ada sesiapa yang mengenali beliau, beritahu dia bahawa saya amat menghargai dan berterima kasih di atas pertolongan kecil namun besar bagi saya.

Saya juga berjanji akan menyimpan payung ini di dalam kereta saya dan diberikan kepada mereka yang memerlukan jika mereka terkandas dalam hujan. Terima kasih makcik! - Naqib Nadhir Shamsuri | PIXEL MEDIA

0 Response to "Ambil Payung Ini"

Post a Comment