KOTA BHARU : Renjatan elektrik sehingga menyebabkan kematian Suhana Mohamad ketika wanita itu bercakap menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas, Jumaat lalu, dipercayai berpunca daripada kebocoran pada alat pengecas.
Suaminya, Raja Asri Raja Mat, 29, berkata, perkara itu disahkan oleh pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membuat pemeriksaan lanjut ke atas telefon mudah alih berkenaan serta sistem pendawaian rumahmereka.
“Pegawai itu memberitahu, terdapat kebocoran elektrik di kepala pengecas manakala telefon model HTC One (M8) milik isteri saya tidak ada masalah apaapa.
"Kepala pengecas yang isteri saya guna untuk mengecas telefonnya itu bukan yang asli, sebaliknya dibeli di kedai biasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan, Suhana, 30, maut selepas terkena renjatan elektrik ketika dia sedang bercakap menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas di kediamannya di Taman Desa Baiduri, Cheras kirakira pukul 11.30 malam Jumaat lalu.
Lebih tragis, ibu kepada dua cahaya mata itu meninggal dunia pada hari kelahirannya yang ke30.
Raja Asri dalam pada itu memberitahu, mereka sekeluarga masih dalam keadaan terkejut dengan insiden tersebut dan dia sendiri amat sukar mahu menerima isteri kesayangan telah pergi.
Mengenai masa depan anakanaknya iaitu Raja Adam Irfan, 5, serta Raja Nurin Alisa, 2, yang kehilangan ibu dalam usia muda, anggota polis berpangkat koperal itu berkata, dia setakat ini belum mempunyai apaapa rancangan kerana masih buntu.
“Saya tidak pasti sama ada mahu membawa mereka pulang ke kampung untuk dijaga ahli keluarga terdekat atau terus tinggal bersama mereka di Taman Desa Baiduri,” katanya.UTUSAN
0 Response to "TNB JELASKAN PUNCA IBU MUDA MAUT TERKENA REJATAN TELEFON BIMBIT HTC MILIKNYA (5GAMBAR)"
Post a Comment