Inilah Punca Sebenar Cubaan Membunuh Komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang


Tak Sangka!! Inilah Punca Sebenar Cubaan Membunuh Komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang




Baju yang digunakan untuk membalut luka pada kepala seorang anggota komando yang dijumpai dalam keadaan cedera parah dan bergari, dipercayai cuba dibunuh di Sungai Kuala Pedas, Kampung Sungai Timun, Lubok China, Rembau, Negeri Sembilan, awal pagi kelmarin. - Foto Hassan Omar


MELAKA: Siasatan awal polis mendapati faktor wanita menjadi punca seorang komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini, cedera teruk dipukul dan cuba dibunuh di Sungai Timun, Negeri Sembilan, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din, berkata pihaknya sudah mengenal pasti empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu, tetapi belum ada tangkapan dibuat setakat ini.

"Kita sudah mengesan empat suspek berusia 30-an itu dan polis percaya mereka juga bertugas di dalam kem yang sama dengan mangsa.

"Polis meminta semua suspek segera menyerah diri," katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Koperal Mohd Daud Karim, 26, cedera parah di muka dengan tangan kanan dan kaki kiri bergari selepas dipukul sebelum dihumban ke dalam Sungai Timun.

Terdahulu, mangsa dipercayai dipukul di bahagian kepala menggunakan kayu dan batu bata oleh empat suspek di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipaksa memasuki sebuah kenderaan.

Ramli berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.


0 Response to "Inilah Punca Sebenar Cubaan Membunuh Komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang"

Post a Comment