Ibu Kanak-kanak Minta Hentikan SEBAR BERITA Fitnah , Rupanya Bukan DIPATUK ULAR . Bomba Dah Sahkan ! Tak Sangka Pulak Punca Kematiannya Begitu .
KOTA BHARU, 19 Apr: Keluarga adik Nuri Nadirah Ruslan, yang meninggal dunia dipercayai dipatuk ular pagi tadi, menafikan kanak-kanak itu 'hidup semula'.
Bagaimanapun ibu adik Nuri Nadirah, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, mengakui anaknya kelihatan seolah-olah tersedak ketika proses memandikannya petang tadi dan perkara itu kemudian disebarkan.
Namun beliau menafikan dakwaan viral kononnya anaknya itu tersedar dan memegang tangannya.
"Perkara yang diviralkan sejak jam 9 malam tadi yang mendakwa Nuri Nadirah tersedar dan memegang tangan saya tidak benar sama sekali.
"Namun, bagi memuaskan hati keluarga, jenazah Nuri Nadirah yang sepatutnya dikebumikan malam tadi ditangguh kepada pagi esok.
"Pada masa sama, kami juga menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional supaya dapat memuaskan hati ahli keluarga.
"Saya minta semua pihak hentikan sebar maklumat yang tidak betul," katanya kepada BH Online.
BH Online menemuinya di rumah beliau di Kampung Buaya, di sini, sebentar tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, berkata pihaknya memandang serius maklumat yang diviralkan dan akan menyiasat sekiranya keluarga membuat laporan polis.
0 Response to "Ibu Kanak-kanak Minta Hentikan SEBAR BERITA Fitnah , Rupanya Bukan DIPATUK ULAR . Bomba Dah Sahkan ! Tak Sangka Pulak Punca Kematiannya Begitu ."
Post a Comment