GAMBAR NIKAH HAFIDZ ROSHDI DAN NURUL SHUHADA

Gambar nikah Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada! Pelakon Hafidz Roshdi akhirnya mengesahkan sudah bernikah dengan tunangnya, Nurul Shuhada Mat Shukri di Perlis dalam satu majlis akad nikah kira-kira jam 11 pagi tadi.

Melalui status yang dimuat naik di laman Instagram, Hafidz memberitahu majlis akad nikah itu berlangsung sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.



“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, majlis pernikahan saya dengan Nurul selamat dilangsungkan. Majlis diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga terdekat saja,” katanya.

Hafidz juga menjelaskan hubungannya dengan dan Nurul terjalin kira-kira tiga tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM).

“Untuk makluman, saya dan Shu berkawan lebih tiga tahun sebelum saya menceburi bidang lakonan. Pada 30 November tahun lalu, kami mengikat tali pertunangan,” katanya.

Mengakui pengumuman itu mengejutkan ramai pihak, Hafidz menganggap ia sebagai jodoh yang tidak boleh dielak. Hafidz juga mohon kepada semua agar mendoakan perkahwinan bahagia.

“Mungkin pengumuman ini sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak, tetapi jodoh kami telah tiba. Saya mohon kepada semua agar mendoakan perkahwinan kami bahagia hingga ke akhirnya.

“Keputusan bernikah dibuat selepas kedua-dua belah keluarga berbincang dan bersetuju melangsungkan majlis ini,” katanya yang akan mengumumkan tarikh majlis resepsi perkahwinannya tidak lama lagi. [BH Online]

Berikut adalah beberapa gambar majlis akad nikah Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada:



Tahniah kami ucapkan kepada Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada!

0 Response to "GAMBAR NIKAH HAFIDZ ROSHDI DAN NURUL SHUHADA"

Post a Comment