Biodata Dan Gambar Bertudung Nina Grace Gadis Cina Kristian Masuk Islam|Nina Grace Gadis permpuan Kristian yang telah di islamkan oleh pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik secara langsung di hadapan kira-kira 45,000 di Padang Astaka, Kemaman semalam 14 afril 2016. remaja berkenaan telah dibawa oleh pihak Jabatan Agama ke belakang pentas untuk mengelakkan dari diserbu orang ramai, lapor Terengganu Times.
Semuanya bermula apabila Nina Grace Bertanyakan soalan kepada Dr Zakir naik mengenai islam yang pada akhirnya gadis tersebut mengucap dua kalimah syahadah.
Dialog Antara Nina Grace Dan Dr Zakir Naik
“Nina Grace: Salam Dr Zakir Naik, Saya mula menghafal surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi sejak berumur 13 tahun. Adakah saya tidak menghormati Islam dengan berbuat sedemikian?”
“Dr. Zakir Naik: Tidak sama sekali, adakah kamu percaya hanya ada satu tuhan dan kenabian Muhammad?”
“Nina Grace: Ya:
“Dr. Zakir: Kalau kamu percaya dengan konsep ini, saya percaya kamu adalah seorang Muslim. “Kamu mahu ucap dua kalimah syahadah?”
“Nina Grace: Dengan penuh sebak dan berfikir, Nina menyebut dua kalimah syahadah dan pengislamannya disaksikan oleh ribuan hadiran di situ.”
Biodata Nina Grace Gadis Kristian Masuk Islam
Nama Penuh: Wu Nina Grace
Nama Islam: Nur Nina Farisha
Umur: 19 tahun
Asal: Johor Baharu
Bangsa: Cina
Keturunan: Kacukan Cina-Filipina
Pendidikan: Kolej Ranaco, Kemaman Terengganu
Bidang: Offshore Enginering
Nina Grace telah disambut oleh isteri kepada Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Halina Zakaria di belakang pentas di mana To’ Puan Harlina telah mengajar remaja berkenaan cara memakai tudung.
0 Response to "Biodata Dan Gambar Bertudung Nina Grace Gadis Cina Kristian Masuk Islam"
Post a Comment